Kerjaya Buzen Hashim

Buzen memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1986 menerusi drama Pekak Sekampung arahan Raja Ismail. Beliau mula melonjak naik selepas membintangi Filem Adik arahan Aziz Sattar.

Bakat beliau diasah oleh penerbit dan pengarah tersohor Yusof Haslam dalam filem Sembilu 2005 (2005), seterusnya memegang watak sebagai Zul dalam filem Evolusi KL Drift dan kesinambungannya arahan Syamsul Yusof. Selepas itu beliau sering mendapat perhatian ramai dan membintangi beberapa filem serta drama. Buzen muncul sebagai pemandu bas sekolah dalam drama bersiri Geng Bas Sekolah sekaligus memberi impak yang besar dalam kerjayanya.